SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG AMPANG,
33000 KUALA KANGSAR.PERAK D.R.
KOD SEK : ABA 4003.
N90. 05-7771362
SEJARAH SEKOLAH
- Didirikan pada 1892.Bangunan asal hanya 40-60 orang murid saja
- Semasa perang dunia dijadikan tempat markas tentera Jepun
- Tahun 1949 telah dibina satu lagi bangunan tambahan kerana murid bertambah.
- Tahun 1960 sebuah bangunan tambahan dibina oleh masyarakat dan kerajaan negeri Perak kerana pertambahan pelajar.
- Tahun 1962 Sekolah Kebangsaan Jemuan digabungkan menjadi Sekolah Kebangsaan Padang Ampang sahaja.
- Tahun 1977 bangunan baharu telah dibina di lokasi berhampiran, seluas 5 ekar yang mana bertempatnya sekolah yang ada sekarang.
- Tahun 2001 telah dibina sebuah bangunan 3 bilik untuk tambahan bilik guru,bilik sumber dan bilik gerakan.
- Hujung Tahun 2002 telah dibina sebuah bangunan 2 bilik untuk Pra
sekolah dan Kelas Tahun Satu.
- Sebuah makmal komputer telah dibina pada tahun 2002.
Fizikal:
Sekolah ini terletak bersebelahan jalanraya menghala ke Sungai Siput (u) ,di dalam sebidang tanah seluas 5 ekar.mempunyai 7 buah kelas. Tiap-tiap sebuah adalah Tahun 1,Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 dan Pra Sekolah yang menampung seramai 270 orang murid. Sebuah makmal komputer yang mengandungi 14 buah. Sebuah kantin dan sebuah surau.
TABURAN MURID
Murid-murid sekolah ini berasal dari beberapa buah kampung:
- 45% dari Kampung Jamuan
- 20% dari Kampung Kota Lama Kiri.
- 10% dari Kampung Berhampiran Jambatan Iskandar.
- 10% dari Kampung Tersusun Sri Iskandar.
- 05% dari Kampung Cerok, Beluru.
SOSIO-EKONOMI
PEKERJAAN IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR :
- Kakitangan kerajaan.
- Bekerja Sendiri.
- Kakitangan Swasta.
- Petani
- Pesara Kerajaan.
PIAGAM PELANGGAN
Warga Sekolah Kebangsaan Padang Ampang, Kuala Kangsar akan sentiasa berpandukan Agama Islam untuk;
*Melayan tetamu
*Meningkatkan mutu perkhidmatan
*Bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri
*Bersikap muhibah dan mesra
*Membenteras kecacatan dalam perkhidmatan
*Inovatif dan kreatif menuju wawasan muhibah dan mesra
LENCANA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH
Bendera Sekolah Kebangsaan Padang Ampang berukuran 147 cm x 87 cm. Ia terbahagi kepada tiga bahagian dalam tiga warna yang berlainan iaitu putih, biru dan merah.Bahagian di sebelah atas sekali berwarna putih. Warna putih membawa erti keluhuran. Keluhuran yang perlu dibentuk pada diri murid dengan menanam dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri agar mereka menjadi insan yang sempurna. Warna biru pada bahagian tengah pula bermaksud perpaduan yang kukuh di dalam masyarakat sekolah di antara pihak guru, murid dan kakitangan sekolah.Warna merah di bahagian bawah sekali pula membawa erti kecekalan dan kejayaan.ini bermakna murid-murid mesti ditanamkan dengan sikap cekal dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dan seterusnya menempa kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Padang Ampang
Kita sayang sepanjang zaman
Penyuluh hidup masa hadapan
Jasa guru tetap dikenang
Marilah kita bersatu berusaha
Dalam semua bidang berjaya
Namamu harum masa hadapan
Hidup berilmu dan berbakti
SKPA semakin tambah maju
Amalan pendidikan kami semua
Tambahkan pengetahuan tingkat disiplin diri
Majulah SKPA maju
4:58 PM | |